Saturday 22 September 2012

Allah itu Maha Pendengar segala Doa hamba2-Nya

Assalamualaikum wbt kepada semua. Alhamdulilah. Masih lagi bernafas kita di dunia milik Allah ini.

Post kali ini ialah sekadar perkongsian kisah hidup sy sebagai seorang hamba Allah yg butuhkan segala petunjuk dr-Nya. Sy mulakan dgn bismillahirahmannirahim. Segala puji bg Allah tuhan sekalian Alam.

Sy merupakan seorang insan yg baru berhijrah ke jalan Allah. Apa yg sy selalu lakukan utk mohon petunjuk dr-Nya ialah dgn "Doa".

Sabda Rasullullah SAW : "Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat" (Ad-Dailami)

Berdasarkan dr sabda Rasulullah SAW,doa itu adalah titik segala permulaan bg segala pekerjaan yg bakal kita kerjakan. Sedar atau tidak,segala aktiviti harian kita disertakan dgn doa. Mengapa Allah ciptakan segala bagai doa utk kita lafazkan? ini adalah kerana Allah mahu melihat rintihan hamba-Nya yg butuhkan pelihara dr Allah.

Dulu diri ini adalah seorang yg jahil,seorang yg bodoh sombong,seorang yg ego utk berdoa kpd Pencipta iaitu Allah SWT. Kini,alhamdulilah kehidupan sy bertambah baik dr hari ke hari dgn berhijrah ke jalan Allah. Apa rahsianya?? inilah kuasa Allah iaitu DOA yg mampu mengubah seseorang hamba-Nya yg memerlukan bantuan.

Terdetik hati ini untuk berubah,namun setelah tergerak hati ini utk membaca artikel2 islam di dalam application android telefon bimbit ini,terbuka terus hati utk meneruskan niat yg suci. Alhamdulilah baca baca dan terus membaca,terkumpul satu kumpulan ilmu yg kecil terpahat di dasar hati ini.

Ya! Doa ialah satu kunci pintu rahmat seperti dlm sabda Rasulullah SAW. Sy sering berdoa kpd Allah supaya dikurniakan petunjuk dan pelihara diri ini dr kemurkaan Allah. Mohon Allah terima taubat sy yg tidak seberapa ini. Meskipun masih lg dlm tempoh yg singkat,alhamdulilah doa terus diamalkan.

Setiap doa yg sy mohon,Allah makbulkan dgn jayanya. Ya Allah,terkadang menitis juga air mata ini membaca kisah2 islam yg membuatkan diri ku rebah layu terkulai dek renungkan azabku di akhirat kelak.
Semoga Allah ampunkan segala dosa2 ku ini. juga dosa2 ibu bapaku,adik beradik ku,sanak saudaraku,dan dosa2 sekalian umat Rasulullah SAW. Amin.

Doaku utk semua,"Ya Allah,ampunkan dosa2 kami,dosa hamba2 Mu yg masih cuai dikala menikmati rezeki yg Engkau limpahkan kpd kami. Sesungguhnya Engkau lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

*Nafas hamba-Ku yg berdoa mampu mengubah takdir-Ku. (Demikian Allah menjelaskan pertanyaan Malaikat Jibrail mengenai apa yg lebih kuat dr segala kuat)

Syukran Ya Allah!
@iamHasbullah (Twitter)

No comments:

Post a Comment