Saturday 18 May 2013

Saat doa hamba-Nya dimakbulkan tanpa disedari.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt kpd muslimin dan muslimat yg diberkati Allah SWT. Alhamdulilah,masih diberi pinjaman nafas untuk terus bermunajat kpd Allah Ta'ala serta menjalankan dakwah Nabi Muhammad SAW. Moga Allah beri kesejahteraan buat Baginda dan keluarga serta para sahabat.

Disini ana mahu berkongsi,bagaimana saat doa yg kita mohon dimakbulkan?

Mungkin dlm keadaan seperti ini,tahap kesabaran teramat diperlukan kerna setiap doa yg dipohon tidak terus menerus dimakbulkan. Maka,dlm erti kata lain,usah berputus asa dlm doa. Teruskan doa yg sama setiap kali sesudah solat fardhu mahupun solat sunat.

Saat kita berdoa berhajatkan sesuatu kpd Allah,letakkan sepenuhnya pengharapan kpd-Nya.
Sesungguhnya,Dialah tempat meminta segala sesuatu. [112:2]

InsyaAllah,Allah Maha Mengetahui.

Sekian,wassalamualaikum wbt.
Twitter @iamHasbullah
Facebook Muhammad Hasbullah (Oya)

Wednesday 1 May 2013

Munajat Perdana PRU-13 bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurnikan nafas untuk diri ini agar meneruskan kehidupan bagi mengecapi redha-Nya yang ternyata jauh sekali untuk digapai oleh diri ini.

Selawat serta salam buat junjungan Baginda Rasulullah SAW,para keluarga dan sahabat2 Baginda. Moga kita peroleh syafaat di hari akhirat kelak.

Bertarikhkan 1 Mei 2013,satu majlis solat hajat yang dianjurkan oleh pihak PAS di Kg.Baru disertai oleh ana sekeluarga. Ayah sejak dari muda lagi sudah bergiat dalam gerakan PAS. Mungkin pada masa dulu,diri ini masih mentah untuk ambil tahu perihal politik. Ayah berjuang sendirian dalam keluarga kami. Alhamdulilah,dengan izin Allah SWT,tiba masanya untuk diri ini berdiri dibelakang barisan ayah untuk sama2 menegakkan syiar Islam.

Cukup umur 23 tahun,mulalah diri ini layak untuk mengundi. Tiba juga masanya untuk diri yang bergelak anak menyertai perjuangan ayahnya. "Ini kalilah".

Semasa solat hajat dilaksanakan,ana solat bersama di sebelah ayah,kedengaran ayah menangis saat melafazkan "subhanaka inni kuntu minazzolimin" semasa sujud. Allahu,betapa tersentuhnya hati ini mengenangkan kesungguhan ayah untuk mendoakan kejayaan Pentadbiran Islam di Malaysia ini.

Sungguh,hati ini mula terasa sebak lalu menitiskan air mata bersama2 dgn bacaan semasa sujud dan Qunut Nazilah. Moga Allah bantu perjalanan perjuangan kami.

Dengan izin Allah,diri ini akan terus melindungi kedua insan yang telah banyak berjasa dalam kehidupan ku.

Wassalamualaikum.
@iamHasbullah (Twitter)
Muhammad Hasbullah (Facebook)





Saturday 20 April 2013

"Setiap perbuatan bergantung kepada niatnya." (Kitab Al-Arba'in An-Nawawi)

"Bismillahirrahmanirrahim" (Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum wbt buat muslimin dan muslimat yang diberkati oleh Allah SWT.
Segala puji hanya untuk Tuhan sekalian alam serta selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.
Dengan limpah kurnia-Nya,diri ini dapat bernafas di muka bumi ini. Syukurillah ya rabb.

Alhamdulilah,dalam post kali ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang tertera seperti yang di atas.
Berikut ialah antara kitab hadis mengenai asas-asas bagi seorang mukmin yang baru berhijrah. Sesuai bagi diri ini yang masih "jahil" dalam kehidupan seharian.

Ana mempelajari pembelajaran hadis ini di Kolej Islam As-Sofa yang terletak di Seremban. Ustazah Hayati menjadi tempat untuk diri ini bertalaqqi agar mendapat kefahaman yang penuh selain daripada kuliah pada setiap pagi.


Memperkenalkan murabbi ana yakni Al-Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki yang merupakan pengasas penuh Kolej Islam As-Sofa.
Moga Allah SWT melimpahi berkahnya atas murabbi ana ini. Ameen Allahumma Ameen.

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab r.a., kata beliau, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang ia niatkan."

Imam Ahmad dan Imam Syafi'e berkata: "Hadis ini mencukupi sepertiga ilmu,kerana perbuatan manusia tidak lari dari tiga perkara: hati, lisan dan anggota badan. Hati jelas satu daripada tiga perkara tersebut.

Hal ini memberi isyarat yang jelas bahwa para penuntut ilmu hendaklah tahu dan sedar betapa pentingnya hadis ini supaya membetulkan niat menuntut ilmu semata-mata kerana Allah SWT. Bukan hanya semasa menuntut ilmu tetapi ketika mengamalkan ilmu yang sudah diperolehi.

Apabila orang yang berniat ingin melakukan kebaikan namun tidak terlaksana kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan,maka pahala niatnya itu tetap diperoleh.

Semua amal perbuatan yang baik dan bermanfaat menurut Islam yang disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata hendak mencari redha Allah,semuanya digolongkan sebagai ibadah.

Akhir kata dari ana,tajdid niat perlu dilakukan setiap kali agar istiqamah kita sentiasa bersama dan amalan kita peroleh pahala dengan redha-Nya. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum wbt.

@iamHasbullah (Twitter)
Muhammad Hasbullah (Facebook)