Sunday 14 October 2012

Istikharah meminta petunjuk dari Allah SWT

Assalamualaikum wbt kepada pembaca-pembaca sekalian. Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi kerna masih diberi peluang untuk bernafas di buminya ini. Post kali ini sy ingin berkongsi apa itu istikharah dan cara-cara melaksanakan. Jujur saya katakan,baru skrg saya tahu apa itu istikharah. Kerana saat saya buntu untuk memilih pasangan hidup,lalu terdetiklah hati ini untuk mengenali apa itu istikharah. Mari kita teruskan...

Dimulakan dengan Bismillahirahmaanirahim,

Istikharah ialah terdiri daripada solat sunat yang lengkap dengan laksanakan 2 rakaat.
Dengan lafaz niat "Sahaja aku menunaikan solat sunat istikarah,dua rakaat kerana Allah Taala."(Tahu kan bagaimana nak terjemah ke dlm bahasa arab kan?hehe)
Dimana rakaat pertama dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan kemudian dengan Surah Al-Kaafiruun.
Rakaat kedua pula sama juga dimulakan dengan Surah Al-Fatihah dan kemudian dengan Surah Al-Ikhlaas.

Selepas habis laksanakan dua rakaat tersebut,bolehlah membaca doa istikharah seperti yg berikut :-

"Ya Allah,aku memohon petunjuk memilih yg baik dalam pengetahuanMU,
aku mohon ditaqdirkan yg baik dengan qudratMu,
aku mengharapkan kurniaMu yg besar;

Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yg Dha'if,
Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yg Jahil,
Engkau Maha Mengetahui semua yg ghaib dan semua yg tersembunyi;

Ya Allah,jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku dan bagi ugamaku,baik bagi kehidupanku sekarang dan masa akan datang,taqdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku keberkatan daripadanya;

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi ugamaku,dan membawa akibat dalam kehidupanku,baik sekarang ataupun pada masa akan datang,jauhkanlah ia daripada ku dan jauhkanlah aku daripadanya;

Semoga Engkau taqdirkan aku pd yg baik,Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu."

Pada fahaman saya,solat istikharah ini bertujuan untuk kita memohon petunjuk sewaktu kita hendak memilih jodoh pasangan kita dan juga sekiranya mendapat tawaran pekerjaan yg dimana masing-masing ada kebaikan serta keburukan.
Selain itu,solat istikharah juga sesuai dilakukan semasa kita hendak berangkat ke sesuatu tempat yg jauh dimana terdapat keraguan dalam memutuskan keputusan berangkatan itu.

Maka jika terjadi hal2 seperti yg diatas,hendaklah menyerahkan kpd Allah untuk memilih untuk kebaikan kita.

Jika masih terdapat keraguan didalam hati,lakukan solat istikharah lagi sehinggalah mendapat petunjuk yakni melalui mimpi2 yg baik,manakala jika mimpi2 yg tidak baik,berdoalah pd Allah supaya diberi petunjuk-Nya lagi.
Jika hati sudah berasa tenang,Alhamdulilah telah dikurniakan petunjuk la kalau macam tu. :)
Namun setelah memutuskan utk membuat keputusan,bersabarlah jika diberi ujian kerana setiap ujian yg diberi oleh-Nya adalah utk kebaikan kita juga.

Solat istikharah digalakkan dilakukan pd waktu malam dimana sunyi keadaannya supaya kita akan lebih khusyuk dlm memohon petunjuk kpd Illahi.

This post is Niat by Lillahi' Taala.
Twitter,
@iamhasbullah



No comments:

Post a Comment