Friday 21 September 2012

Apakah maksud disebalik Hijrah?

Assalamualaikum kpd semua yg melawat blogspot sy ini.
Ini merupakan second entry post sy buat blogspot baru ini. Memang perasaan rajin meng'update' blog sangat tinggi. Semoga Allah terus kurniakan kerajinan pd sy untuk terus berkongsi ilmu yg tidak seberapa ini. Moga segala ilmu ini dpt memberi kita manfaat dan petunjuk ke jalan Allah insyaAllah.

Post kali ini ialah merungkai disebalik perkataan "Hijrah".

Sy mulakan dgn Bismillahirahmanirahim. Sedikit sebanyak sy meletakkan perbandingan mengenai hidup sy dan hijrah yg sedang sy jalani. insyaAllah semoga beri manfaat pd semua.

Diriwayatkan drpd Abdullah bin Amr r.a : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yg bermaksud : "Seorang muslim adalah orang yg tidak merugikan muslim yg lainnya dgn lidah, mahupun kedua2 tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yg berhijrah) adalah org yg meninggalkan semua larangan Allah SWT." (al-Bukhari).

Pada suatu masa dahulu,sy adalah seorang yg jahil mengenai agama Allah. Walaupun ilmu itu dipelajari,namun sy selalu mengabaikan tuntutan illahi dan melakukan larangan-Nya. Nauzobillah. Sesungguhnya sy telah berhijrah utk menjadi seorang muslim yg akan mati sebagai umat Nabi SAW dan mati ke jalan Allah.

Hijrah itu mengandungi hikmah yg besar sekali peranannya dlm pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yg ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kpd individu itu sendiri.

Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam Al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali dalam berbagai bentuk dan makna.

Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah Khalifah Umar bin Al-Khathab r.a yg menarik utk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk islam dikenali sebagai julukan "penghulu para pelaku kejahatan", namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yg disegani, tawaddhu' dan suka menolong orang miskin, menjadi tunggak bagi berkembangnya agama islam.

Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana disamping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan berkeyakinan agar tidak mudah termakan dgn pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yg fana.

Jadi,marilah kita sama2 menjalani amalan hijrah ini. Sesungguhnya kita sebagai manusia,sering terlupa kan diri-Nya apabila menikmati rezeki Allah. Entry ini juga ditujukan buat diri ini juga mahupun utk dikongsi buat mereka yg belum tahu apa itu hijrah.

Wallahi amin.

No comments:

Post a Comment