Saturday 20 April 2013

"Setiap perbuatan bergantung kepada niatnya." (Kitab Al-Arba'in An-Nawawi)

"Bismillahirrahmanirrahim" (Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum wbt buat muslimin dan muslimat yang diberkati oleh Allah SWT.
Segala puji hanya untuk Tuhan sekalian alam serta selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.
Dengan limpah kurnia-Nya,diri ini dapat bernafas di muka bumi ini. Syukurillah ya rabb.

Alhamdulilah,dalam post kali ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang tertera seperti yang di atas.
Berikut ialah antara kitab hadis mengenai asas-asas bagi seorang mukmin yang baru berhijrah. Sesuai bagi diri ini yang masih "jahil" dalam kehidupan seharian.

Ana mempelajari pembelajaran hadis ini di Kolej Islam As-Sofa yang terletak di Seremban. Ustazah Hayati menjadi tempat untuk diri ini bertalaqqi agar mendapat kefahaman yang penuh selain daripada kuliah pada setiap pagi.


Memperkenalkan murabbi ana yakni Al-Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al-Maliki yang merupakan pengasas penuh Kolej Islam As-Sofa.
Moga Allah SWT melimpahi berkahnya atas murabbi ana ini. Ameen Allahumma Ameen.

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab r.a., kata beliau, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang ia niatkan."

Imam Ahmad dan Imam Syafi'e berkata: "Hadis ini mencukupi sepertiga ilmu,kerana perbuatan manusia tidak lari dari tiga perkara: hati, lisan dan anggota badan. Hati jelas satu daripada tiga perkara tersebut.

Hal ini memberi isyarat yang jelas bahwa para penuntut ilmu hendaklah tahu dan sedar betapa pentingnya hadis ini supaya membetulkan niat menuntut ilmu semata-mata kerana Allah SWT. Bukan hanya semasa menuntut ilmu tetapi ketika mengamalkan ilmu yang sudah diperolehi.

Apabila orang yang berniat ingin melakukan kebaikan namun tidak terlaksana kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan,maka pahala niatnya itu tetap diperoleh.

Semua amal perbuatan yang baik dan bermanfaat menurut Islam yang disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata hendak mencari redha Allah,semuanya digolongkan sebagai ibadah.

Akhir kata dari ana,tajdid niat perlu dilakukan setiap kali agar istiqamah kita sentiasa bersama dan amalan kita peroleh pahala dengan redha-Nya. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum wbt.

@iamHasbullah (Twitter)
Muhammad Hasbullah (Facebook)






No comments:

Post a Comment